Saturday, 16 March 2019

KRAFTANGAN

Keluaran kraftangan bermaksud keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan budaya atau tradisional dan juga berbeza dari negara yang berlainan kerana ia satu proses bergantung kepada kemahiran tersendiri mengunakan barang-barang yang terpakai dan juga berasaskan sumber alam. Melalui kemahiran yang ada pelbagai kraftangan yang dihasilkan iaitu keluaran batik,anyaman dan menghasilkan kraftangan yang unik daripada etnik yang berbilang kaum. 



Antara jenis-jenis kraftangan ialah :


Seni Tembikar / Labu sayong





Labu sayong ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Kangsar dan labu sayong terkenal diseluruh dunia. Wujudnya dari buah labu yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas menyimpan air. Labu sayong ini juga diminati dan dikagumi oleh pelancong bukan sahaja kerana penggunaannya semata-mata tetapi kerana keindahan dan keunikannya, berasaskan nilai estetika barangan tembikar. Antara salah satu fungsi labu sayong ini adalah untuk menyimpan air minuman, untuk bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan dan juga boleh menjadi barang perhiasan.





Ciri-ciri labu sayong
-Diperbuat daripada tanah liat
-Digunakan untuk menghias labu sayong ialah hiasan daripada tumbuh-tumbuhan dan juga motif geomatrik.
-Menggunakan teknik kemahiran penggunaan tangan.
-Hiasan umum yang terdapat pada labu ialah hiasan panai dan gelugur.

SONGKET





Songket diwarisi zaman berzaman, songket berasal dari perkataan singkit yang bermaksud satu teknik menyungkit dengan menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang lesung di permukaan alat tenun yang dinamakan kek. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja melayu dan golongan bangsawan. Kini songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu. Tradisi menenun ini masih dikekalkan diseluruh dunia. Antara alat-alat ternunan ,motif dan ragam hiasannya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam segar ke hari ini.




Ciri-ciri songket
-Motif dan corak berunsurkan alam.
-Diperbuat daripada benang untuk tenunan tradisi daripada benang kapas, benang sutera, benang emas,  dan benang perak.

Fungsi songket
Songket adalah lambang kehalusan seni tenunan melayu dan digunakan untuk membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Ia juga diilhamkan dalam bentuk beg,bingkai gambar, hiasan dinding dan kusyen. Songket ini juga sebagai simbol kemegahan dan kebanggaan kepada si pemakainya. Songket juga boleh digunakan untuk membuat pakaian pengantin,  alas meja, barangan kraftangan dan sebagai cenderamata.

BATIK

Secara umum yang telah disepakati pada saat konvensi batik laternaional di Yogyakorta pada tahun 1997 adalah proses penulisan gambar atau ragam hias pada media apapun dengan menggunakan lilin batik sebagai alat perinting warna. Pada masa dahulu,  masyarakat melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap. Batik berasal dari indonesia dan terbit dari perkataan jawa "tik" yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik.



Ciri-ciri batik
-Kain batik berbau aroma lilin dengan menggunakan kain batik.
-Bahan dasar yang digunakan adalah terbuat dari serat alam atau serat selulosa atau serat yang dihasilkan dari bintang.

Fungsi
Batik digunakan untuk membuat baju,kain sarung atau batik lepas. Ia juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian dan juga dapat menjadi sebagai hiasan seperti alas meja,cadar,sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain lagi.

ANYAMAN



Anyaman merupakan satu proses menjaning helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusup antara satu sama lain. Seterusnya,  bagi masyarakat petani atau nelayan kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.

TUDUNG SAJI


TIKAR 


BEG TANGAN


KERUSI/MEJA

Antara ciri-ciri anyaman
-penciptaan kelarai(motif) dan corak. 
Bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan terpilih. 
-Tikar dimulaikan ditengah-tengah ataupun di bucu.
-Corak anyaman umumnya disebut kelami. 



Jenis anyaman



SERULING (ALAT MUZIK TRADISIONAL SARAWAK)



Seruling juga merupakan salah satu alat muzik tradisional di sarawak. Bagi masyarakat kayan,  ia disebut selingut,  ia diperbuat daripada buluh. Satong juga diperbuat daripada buluh. Tong pula alat muzik yang dimainkan dengan meniupnya. Ia diperbuat daripada sejenis rebung yang dinamakan uvun talang.

Cara membuat suling:
Suling diperbuat daripada bambu semat kerana memiliki tekstur yang tipis dan mudah dilubangi. Bambu yang diambil haruslah berumur lebih kurang lima tahun agar ia keras dan tidak mudah mereput ketika dikeringkan. Bambu harus diambil pada bulan ogos kerana bulan kemarau. Penebangan juga dilakukan dari akarnya,namun disisakan satu sampai dua ruas dari akar supaya bambu tersebut tumbuh kembali. Bambu yang telah ditebang akan dirembam di dalam lumpur sawah atau kelam atau menggunakan cairan tembakau.  Meremdam suling mengambil masa satu sampai dua minggu agar bahan menjadi lebih kuat. Setelah perendam bahan selesai maka mulailah dilakukan pengeringan iaitu menjemur.

Fungsi alat seluling:
Suling hanya menjadi instrumen pelengkap dalam arti biasa dipergunakan ataupun tidak sama sekali,  fungsi suling tersebut merupakan salah satu fenomena yang sangat menarik di mana suling yang pada awalnya memiliki fungsi sekunder iaitu instrumen pendukung,  berkembang menjadi instrumen primer iaitu instrumen utama.

Antara  Kraftangan tradisional di sarawak

Tikar Rotan Sarawak



Sarawak memang senonim dengan kepopulariti tikar rotannya,  ia kerana buatannya yang cantik mahulun hasil seni yang halus membuat ia menambat hati pencipta. Barang kraftangan tikar khasnya. Tikar ini juga menjadi kraftangan yang unik sebagai perhiasan ruang tamu pelengkapan citarasa yang nampak mudah dan corak yang pelbagai.

BEG TRADISIONAL SARAWAK
Beg ini dibuat daripada rotan sepenuhnya, rasanya ramai masyarakat yang disarawak sahaja. Beg ini merupakan kraftangan daripada orang ulu sarawak yang digunakan untuk membawa barang peribadi semasa ke ladang,hutan mahupun ke pekan. 

KESIMPULANNYA
Dengan ini kraftangan amat penting bagi semua masyarakat kerana dengan menghasilkan kraftangan ini penduduk tempatab dapat memperkenalkan budaya mereka melalui pelbagai bentuk kraftangan mengikut kaum masing-masing dan membuat kraftangan tersebut sebagai kenangan dan dapat ditunjukkan kepada generasi akan datang supaya kraftangan tidak dilupai oleh masyarakat kerana kraftangan tersebut  diperbuat daripada teknik kemahiran tangan sendiri dan dibina melalui bahan-bahan terpakai dan juga sumber alam. Saya ingin berterima kasih kepada semua yang telah mengunjungi blog saya untuk mengetahui antaranya kraftangan yang ada di dunia dan saya juga berharap kraftangan ini akan dijadikan lebih maju lagi jika masyarakat mengambil tahu tentang kraftangan di dunia.


KRAFTANGAN

Keluaran kraftangan bermaksud keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan budaya atau tradisional dan juga berbeza dari negara yang berla...